menteri Israel Malaysia
Wisma Putra

KUALA LUMPUR – Malaysia mengutuk sekeras-kerasnya tindakan Menteri Keselamatan Israel, Itamar Ben-Gvir menceroboh Masjid Al-Aqsa dan pekarangannnya Ahad lalu.

Wisma Putra dalam satu kenyataan hari ini berkata, pencerobohan yang dirancang itu jelas satu tindakan provokasi dan pelanggaran terhadap status quo Jerusalem dan Al-Haram Al-Sharif.

Menurutnya, Malaysia sekali lagi menyeru kepada masyarakat antarabangsa untuk menggesa rejim Israel mengambil tanggungjawab atas tindakan provokasi dan pelanggaran yang berterusan di mana ia boleh memburukkan lagi keadaan di kawasan bergolak itu.

“Majlis Keselamatan Bangsa-bangsa Bersatu (UNSC) mesti memenuhi tanggungjawab seperti yang termaktub dalam piagamnya dan segera menggesa rejim Israel menghentikan provokasi demi memastikan keamanan dan kestabilan di rantau berkenaan.

“Malaysia sentiasa bersolidariti dengan rakyat Palestin dan menyokong hak mereka sebagai negara yang bebas dan berdaulat, mengikut sempadan sebelum 1967, dengan Jerusalem Timur sebagai ibu negaranya,” kata Wisma Putra. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast