Dr. Dominic Lau Hoe Chai.

KUALA LUMPUR – Pengerusi DAP didakwa membuat janji palsu selama ini selepas Menteri Kerja Raya, Datuk Seri Alexander Nanta Linggi memberitahu Dewan Rakyat bahawa kerajaan tidak bercadang mengambil alih syarikat konsesi lebuh raya dalam usaha menghapuskan tol pada masa ini.

Sebelum Pilihan Raya Ke-15, Lim Guan Eng telah berjanji akan memansuhkan tol di Lebuh Raya Utara Selatan (PLUS) jika Pakatan Harapan (PH) berjaya membentuk kerajaan pada PRU-15.

Namun, jawapan daripada Menteri Kerja Raya telah membuktikan kenyataan itu hanyalah penipuan politik Lim Guan Eng.

“Ketika kempen pilihan raya, Lim Guan Eng memanfaatkan rasa tidak puas hati rakyat terhadap tol di lebuh raya dan mendakwakan bahawa kerajaan PH akan memansuhkan tol untuk meringankan beban rakyat”.

“Janji ini bukan sahaja dapat sokongan rakyat, malah juga memenangi banyak undi dalam pilihan raya,” kata Presiden Gerakan, Dominic Lau.

Jelasnya, apabila Menteri Kerja Raya telah memberitahu bahawa kerajaan tidak bercadang mengambil alih syarikat konsesi lebuh raya pada masa ini, ia bermakna tiada rancangan untuk memansuhkan tol PLUS.

Lantaran itu, Guan Eng didakwa seorang ahli politik yang tidak bertanggungjawab kerana menipu rakyat untuk dapatkan undi, walaupun terpaksa menipu.`

“Penipuan sebegini adalah sejenis pengkhianatan kepada rakyat. Apa yang rakyat mahukan adalah ahli politik yang boleh bekerja dengan ikhlas untuk kesejahteraan rakyat, bukanlah untuk mendapatkan kuasa dengan janji palsu dan kemudian mengabaikan kepentingan rakyat”.

“Langkah ini telah menimbulkan keraguan terhadap rakyat dengan apa yang Guan Eng janji sebelum ini”.

Dominic Lau menggesa Guan Eng meminta maaf kepada rakyat atas pembohongannya, bukan lepas tangan.

“Guan Eng sepatutnya perlu menjelaskan sebab mengapa beliau membuat janji palsu sebegitu dalam isu tol dan adakah beliau mempunyai motif politik tersembunyi.

Dominic turut mengingatkan rakyat supaya berwaspada terhadap tingkah laku penipuan sebegini dan meningkatkan keupayaan mengenal pasti tokoh ahli politik.

“Kita tidak boleh mudah mempercayai ahli politik berdasarkan slogan dan janji mereka, tetapi perhatikan rekod politik dan tindakan sebenarkan mereka. Dengan cara ini, rakyat hanya boleh melindungi hak diri-sendiri dan memastikan pemimpin politik yang kita pilih adalah benar-benar untuk kesejahteraan rakyat. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast

1 Komen

  1. Muncul balik parti nyamuk ni.. dh ditolak pru 15 dgn hilang deposit masih sanggup angkat muka nk berpolitik.. masuk gua la

Comments are closed.