KUALA LUMPUR – Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan, Datuk Seri Mohamad Sabu tidak pernah memberi izin kepada mana-mana pihak untuk gambar beliau digunakan dalam sebarang promosi skim pelaburan patuh Syariah.
Justeru, penyalahgunaan ini perlu diberhentikan segera, menurut Pejabat Menteri Pertanian & Keterjaminan Makanan.
Menurutnya, laporan kepada pihak Suruhanjaya Komunikasi Multimedia Malaysia berhubung perkara ini juga dibuat. – MalaysiaGazette