Rodzi Md Saad

KUALA LUMPUR – Ketua Pengarah Keselamatan Negara, Datuk Rodzi Md Saad dilantik sebagai sebagai Ketua Pengarah Unit Pemodenan Tadbiran dan Perancangan
Pengurusan Malaysia (MAMPU), Jabatan Perdana Menteri berkuat kuasa hari ini.

Rodzi, 59, berkelulusan Sarjana dalam bidang Pengajian Perangsaraf Media dan Informasi dari Universiti Teknologi MARA dan Ijazah Sarjana Muda Demografi dan Kajian Kependudukan (Kepujian) dari Universiti Malaya.

Beliau telah berkhidmat dalam Perkhidmatan Awam selama 33 tahun serta berpengalaman luas dalam pengurusan dan pentadbiran keselamatan negara meliputi pelbagai aspek termasuk sempadan, maritim serta keselamatan siber.

“Semoga pelantikan beliau akan memacu kecemerlangan MAMPU dalam menerajui pemodenan penyampaian perkhidmatan awam melalui inovasi dan pendigitalan,” kata Ketua Setiausaha Negara, Tan Sri Mohd Zuki Ali yang mengumumkan pelantikan ini. – MalaysiaGazette