Presiden Turki, Tayyip Erdogan. foto SYAFIQ AMBAK, 19 DISEMBER 2019

PUTRAJAYA – Kementerian Luar mengucapkan tahniah kepada Recep Tayyip Erdogan yang dilantik semula sebagai Presiden Turkiye untuk penggal lima tahun akan datang.

Menterinya, Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir, dalam ucapan tahniah kepada Erdogan, berkata pengetahuan luas dan kehebatan kepimpinan beliau akan membuka jalan kepada rakyat Turkiye untuk mengukuhkan lagi perpaduan sebagai sebuah negara yang berkuasa dan dihormati.

“Kementerian Luar Negeri Malaysia berharap dapat meningkatkan hubungan antara kedua-dua negara ke tahap yang lebih tinggi selepas hubungan dinaik taraf kepada Perkongsian Strategik Komprehensif pada Julai 2022,” katanya dalam satu kenyataan.

Erdogan dipilih semula sebagai presiden Turkiye pada pilihan raya penentu yang diadakan pada Ahad, dengan menewaskan Kemal Kilicdaroglu.

Beliau memperoleh 52.14 peratus, manakala pencabarnya mendapat 47.86 peratus undian.- BERNAMA