Nurul Izzah PRN
Nurul Izzah Anwar

KUALA LUMPUR – Naib Presiden PKR, Nurul Izzah Anwar menafikan laporan media bahawa beliau akan bertanding dalam Pilihan Raya Negeri (PRN) Pulau Pinang.

Bekas Ahli Parlimen Permatang Pauh itu berkata, beliau tetap komited dengan peranannya sebagai pengerusi bersama dalam Sekretariat Jawatankuasa Penasihat Menteri Kewangan yang diketuai Tan Sri Mohd Hassan Marican.

“Saya menggesa pihak media supaya bertanggungjawab dalam laporan mereka dan tidak mempercayai dakwaan tidak berasas,” katanya dalam ciapan Twitter, hari ini.

Terdahulu, FMT yang memetik sumber melaporkan, Nurul Izzah dijangka bertanding dalam PRN Pulau Pinang dan akan dilantik ke jawatan penting sekiranya Pakatan Harapan (PH) kembali berkuasa.

Sumber yang enggan dinamakan berkata, penyertaan Nurul Izzah dalam PRN itu boleh meningkatkan peluang partinya untuk mengekalkan kerusi di DUN Pulau Pinang dan membantu mendapatkan undi daripada golongan wanita. – MalaysiaGazette