Marcel Sabitzer. Foto Sky Sports.

LONDON – Manchester United dilaporkan tidak akan memberikan kontrak tetap kepada dua pemain pinjaman mereka musim ini iaitu Marcel Sabitzer dan Wout Weghorst, lapor Daily Mail.

Laporan itu berkata, United akan mengembalikan Sabitzer kepada Bayern Munich dan Weghorst kepada Burnley sebaik tempoh pinjaman mereka tamat pada 30 Jun ioni

“Alasan United menolak menandatangani secara tetap kerana kualiti Sabitzer dan Weghorst belum mencapai tahap yang pengurus, Erik Ten Hag inginkan.

“Setakat ini United akan memberi fokus mengejar sasaran lain yang diidamkan dalam pasaran perpindahan musim panas dengan nama Declan Rice, Mason Mount dan Harry Kane akan menjadi keutamaan United untuk dibawa ke Old Trafford,” katanya laporan itu.

Wout Weghorst. Foto MEN.

Berita itu seakan mengesahkan jodoh Sabitzer tidak panjang di Manchester selepas mengalami kecederaan lutut minggu lalu dan dijangka pulang menyertai kem Bayern Munich.

Weghorst pula akan kembali memperkuatkan juara Liga Kejohanan, Burnley yang bakal beraksi di Liga Perdana Inggeris (EPL) musim depan.

Pengesahan keputusan United berhubung masa depan penyerang Belanda itu tidak mengejutkan penyokong United selepas Weghorst bergelut untuk menjaringkan gol.

Penyerang itu gagal menjaringkan sebarang gol dalam 17 perlawanan EPL dan hanya meledak dua gol dalam semua kejohanan sejak menyertai kelab pada Januari lalu. – Agensi

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast