Bank of Thailand umumkan kenaikan kadar faedah utama bagi kekang risiko inflasi.

BANGKOK- Bank of Thailand hari ini menaikkan kadar faedah utama sebanyak 25 mata peratusan bagi mengatasi risiko inflasi kepada pemulihan ekonomi di sebalik ketidaktentuan global.

Jawatankuasa Dasar Monetari bank pusat itu secara sebulat suara bersetuju untuk menaikkan kadar pembelian semula sehari kepada 2 peratus.

Kadar itu telah dinaikkan secara keseluruhan sebanyak 150 mata peratusan sejak Ogos tahun lepas.

Menurut penganalisis, meskipun kadar inflasi stabil namun ia masih berada di paras yang tinggi dan diramalkan meningkat sedikit pada separuh kedua tahun ini didorong oleh pemulihan sektor pelancongan.

Untuk rekod, inflasi pada April adalah sebanyak 2.7 peratus, kadar terendah sejak Disember 2021.- Agensi