Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim

PUTRAJAYA – Kejatuhan nilai ringgit disebabkan dasar Amerika Syarikat (AS) yang mempengaruhi kedudukan mata wang negara.

Perdana Menteri, Datuk Seri, Anwar Ibrahim berkata, senario tersebut tiada kena mengena dengan negara yang tidak mempunyai Menteri Kewangan sepenuh masa.

“Orang yang cadang itu kena baca laporan ekonomi dan kewangan sebagai memahami dasar dan kekangan situasi ekonomi antarabangsa yang wujud.

“Lebih baik jangan baca laporan Pas itu,” katanya selepas majlis Penyerahan Kunci Rumah Perumahan Penjawat Awam Malaysia Madani Danur, di sini, hari ini.

Semalam Mohd. Syahir yang merupakan Penolong Setiausaha Agung Pas Pusat berkata,  Anwar yang memegang jawatan Menteri Kewangan dilihat sukar memberikan fokus dengan bebanan tugas yang berat sebagai Perdana Menteri di luar.

Peranan dan penumpuan seorang Menteri Kewangan adalah amat penting dalam tempoh kritikal ini, khususnya bagi mengimbangi langkah yang diambil oleh Bank Negara yang mengawal dasar monetari, ujarnya. – MalaysiaGazette

2 Komen

  1. ANWAR IBRAHIM sebelum ni kami baca complain dan idea pembangkang (PH) terutama melibatkan daya urus Negara, jatuh nilai RM, barang mahal dan petrol mahal.
    kami MACAM PERCAYA nampak logic tapi bila memerintah PKR banyak buat tekateki je eg: antara PENCIL dan BATERI mana lebih pandai? budak-budak tadika jawab BATERI ada AA pencil ada BB. itulah Gaya kerajaan MADANON.
    ANDA MAHU kami terus membaca terbitan berita anda? agak-agak la… hingga rakyat mencari sumber berita luar dihalang. Sayonara goodbye Zahid Hamidi

Comments are closed.