Wan Ahmad Fayhsal Wan Ahmad Kamal

KUALA LUMPUR – Sayap Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) Armada menegaskan Malaysia memerlukan Menteri Kewangan yang benar-benar bekerja untuk negara dan bukan yang banyak memberikan alasan.

Ketuanya, Wan Ahmad Fayhsal Wan Ahmad Kamal berkata, kenyataan Datuk Seri Anwar Ibrahim yang juga Perdana Menteri yang kejatuhan ringgit bukan disebabkan beliau dilihat canggung.

“Dulu kata ringgit jatuh sebab dunia tak yakin kepada kerajaan. Hari ini kata lain pula. Mungkin dunia tak yakin dengan Menteri Kewangan yang lebih sibuk berkempen dan beretorik.

“Kita perlu Menteri Kewangan yang benar-benar berkerja bukan jenis bagi alasan itu dan ini, punah negara,” katanya di Facebook hari ini.

Ahmad Fayhsal berkata demikian mengulas kenyataan Anwar yang menyangkal kejatuhan ringgit ketika ini disebabkan ketiadaan Menteri Kewangan sepenuh masa.

Mengulas mengenai dakwaan Ahli Parlimen Bachok dari Pas, Mohd Syahir Che Sulaiman, Perdana Menteri menjelaskan, kejatuhan ringgit disebabkan pelbagai faktor antaranya disebabkan kekangan antarabangsa.

Anwar yang juga Pengerusi Pakatan Harapan (PH) beralasan perkara itu adalah disebabkan dasar Amerika Syarikat (AS) yang mempengaruhi kedudukan mata wang negara.

“Suruh orang yang cadang itu baca laporan ekonomi dan kewangan bukannya laporan Pas,” katanya dalam satu majlis di Putrajaya. – MalaysiaGazette

ARTIKEL BERKAITAN:

Kejatuhan nilai ringgit: Lebih baik jangan baca laporan Pas – PM