Foto: Media sosial

BALASORE, India – Lebih 200 orang maut dan kira-kira 900 lagi cedera apabila sebuah kereta api tergelincir daripada landasan di Balasore, Odisha di timur India malam tadi.

Dalam insiden jam 7 malam itu, 10 daripada 12 gerabak kereta api ekspres Shalimar-Chennai tergelincir dan jatuh di atas landasan bertentangan menyebabkan kereta api ekspres Bengaluru-Howrah melanggar koc terbabit, lapor The Hindustan Times.

Berikutan itu, tiga daripada empat gerabak kereta api ekspres Bengaluru-Howrah terkeluar landasan.

Selain itu, kereta api kargo turut teribat dalam kemalangan terbabit.

Menteri Kereta Api, Ashwini Vaishnaw berkata, beliau telah mengarahkan siasatan dilakukan.

“Kemalangan ini merupakan sesuatu yang malang, dan operasi menyelamat dilakukan sebaik sahaja selepas kemalangan dilaporkan kepada kementerian,” katanya seperti dipetik agensi berita ANI. – Agensi