Gambar hiasan

KOTA BHARU – Reman seorang penolong akauntan sebuah agensi Kementerian Kemajuan Desa dan Wilayah (KKDW) di Gua Musang bagi membantu siasatan kes pecah amanah melibatkan kerugian RM24.8 juta, disambung tujuh hari lagi.

Ketua Polis Daerah Gua Musang, Supt Sik Choon Foo berkata, kebenaran lanjutan reman terhadap lelaki berusia 37 tahun itu dikeluarkan Mahkamah Majistret di sini, semalam.

“Suspek disambung reman tujuh hari lagi bermula semalam bagi membantu siasatan di bawah Seksyen 408 Kanun Keseksaan,” katanya ketika dihubungi, hari ini.

Lelaki itu sebelum ini direman bermula 27 Mei hingga semalam.

Menurut laporan media, suspek ditahan selepas polis menerima laporan berhubung kehilangan wang kerajaan yang diuruskan oleh Bahagian Kewangan agensi berkenaan melalui Kumpulan Wang Amanah dan Kumpulan Wang Pembangunan.

Hasil siasatan awal mendapati lelaki terbabit membuat 194 transaksi daripada akaun Kumpulan Wang Pembangunan dan Kumpulan Wang Amanah milik agensi kerajaan berkenaan ke akaun syarikatnya sejak 2016 hingga Mei 2023. – Bernama

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast