KUALA LUMPUR – Ribut petir, hujan lebat dan angin kencang dijangka di negeri Sarawak sehingga jam 2 petang ini.
Kawasan terlibat ialah Sibu (Selangau), Mukah (Matu, Dalat dan Mukah), Bintulu dan Miri (Subis dan Miri).
Jabatan Meteorologi berkata, amaran ini dikeluarkan apabila terdapat tanda-tanda menunjukkan ribut petir dengan intensiti hujan melebihi 20 mm/jam yang hampir atau dijangka berlaku melebihi sejam.
Jelasnya, amaran ribut petir adalah amaran jangka pendek yang sah dalam tempoh tidak melebihi enam jam untuk satu-satu keluaran. – MalaysiaGazette