Ahli Parlimen Kota Bharu, Datuk Seri Takiyuddin Hassan bercakap pada sidang media pada Persidangan Dewan Rakyat di Bangunan Parlimen, Kuala Lumpur. Foto AFFAN FAUZI, 06 JUN 2023.

KUALA LUMPUR – Sidang Dewan Rakyat sesi petang hari ini nampaknya diboikot wakil pembangkang kerana mereka tidak hadir ketika kerajaan membentangkan usul bagi membahaskan Laporan Ketua Audit Negara (LKAN) 2021.

Menulis di Twitter, Timbalan Speaker Dewan Rakyat, Alice Lau memaklumkan, tiada seorang pun ahli Parlimen blok pembangkang selepas sesi perbahasan bersambung pukul 2.30 petang tadi.

Terdahulu, ahli-ahli Parlimen Perikatan Nasional (PN) membantah Dewan Rakyat membahaskan LKAN 2021.

Kekecohan turut berlaku hampir sejam berlaku sebelum itu apabila pihak kerajaan dan pembangkang bertikam lidah mengenai kewajaran usul berkenaan dibahaskan di Dewan Rakyat.

Datuk Seri Takiyuddin Hassan (PN-Kota Bharu)  membangkitkan persoalan kewajaran usul membahaskan LKAN 2021 pada sesi pertanyaan lisan.

Setiausaha Agung Pas itu mengetengahkan Peraturan 20(2) Peraturan Majlis Mesyuarat Dewan Rakyat serta turut mendakwa usul berkenaan bercanggah Perkara 107 (1) Perlembagaan Persekutuan.

Katanya, amalan persidangan Dewan Rakyat terdahulu tidak pernah membahaskan LKAN, selain mendakwa ia perlu menjadi peraturan dan undang-undang tidak bertulis untuk tidak membenarkan dokumen berkenaan dibahaskan. – MalaysiaGazette

ARTIKEL BERKAITAN:

Bantah bawa usul bahas LKAN, ia nafi peranan PAC – Takiyuddin

 

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast