Muhammad Sanusi.

GEORGE TOWN – Polis Pulau Pinang mengesahkan setakat ini menerima empat laporan berkaitan Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Muhammad Sanusi Md Nor berhubung dakwaan Pulau Pinang milik Kedah.

Ketua Polis Pulau Pinang, Datuk Khaw Kok Chin berkata, siasatan berkaitan kes itu dibuat mengikut Seksyen 505(b) Kanun Keseksaan dan Akta Komunikasi dan Multimedia (AKMM) 1998.

Kok Chin (tengah).

“Bagaimanapun, siasatan tersebut akan dijalankan Unit Siasatan Jenayah Terkelas (USJT) Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Bukit Aman,” katanya ketika dihubungi hari ini.

Pada 31 Mei lalu, Pengerusi DAP, Lim Guan Eng menggesa penduduk Pulau Pinang untuk membuat laporan polis terhadap Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Muhammad Sanusi Md Nor atas dakwaannya bahawa negeri itu milik Kedah.

Susulan itu pada 1 Jun lalu, Ahli Parlimen Jelutong, RSN Rayer membuat laporan terhadap Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Muhammad Sanusi Md Nor berhubung dakwaan terbarunya bahawa Pulau Pinang milik Kedah.

Laporan tersebut dibuat di balai polis Jalan Patani di sini, atas kerelaan dirinya sebagai warga Pulau Pinang serta bagi mewakili DAP. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast

1 Komen

  1. bawa mahkamah lah tengok macam mana . kalau betul kembalikan p p kepada kedah dengan aman damai . kalau salah parti pas wajib dibatalkan kan serta merta . selama ini banyak perkara sumbang yang parti pas lakukan tapi tidak diambil indah . kalau parti seperti ini dibiarkan dia bermatlamat untok jadikan malaysia ini menggunakan kan sistem pemerintahan islam pas yang kita tak tahu lagi bagaimana . nak ikut aceh ke atau nak ikut iran ke atau nak ikut …………..(..lupa nak sebut )

Comments are closed.