Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi bercakap kepada media selepas Taklimat Presiden UMNO sempena Perhimpunan Agung UMNO 2023 di Dewan Merdeka, Pusat Dagangan Dunia Kuala Lumpur (WTCKL)

KUALA LUMPUR – Tidak timbul isu kerjasama antara UMNO dan gabungan Pakatan Harapan (PH) khususnya DAP, yang didakwa menggadai Islam dan Melayu.

Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi menegaskan, empat agenda perjuangan parti itu tidak pernah disentuh oleh gabungan PH yang menganggotai Kerajaan Perpaduan hari ini.

“Kita harus lihat bagaimana titik kebersamaan antara Barisan Nasional (BN) dan PH, malah agenda-agenda tentang Islam, Melayu, Raja-Raja Melayu dan Bahasa Melayu tidak pernah diusik pun oleh PH.

“Mereka menghormati. Itu pendirian UMNO, kerana terdapat dalam Perlembagaan UMNO bahawa keempat-empat unsur ini wajib dipertahankan, dan mereka bersetuju.

“Saya tak nampak ada permasalahan, kononnya kita terpaksa menggadai maruah dan sebagainya, sebab Pas berkahwin dengan DAP dah lama dah,” katanya ketika ditemui pemberita di Pusat Dagangan Dunia (WTC) Kuala Lumpur hari ini.

Ahmad Zahid pada masa sama turut mempersoal, serta membidas kenyataan Pas dan Bersatu yang mendakwa UMNO menggadai maruah apabila bergerak bersama DAP pada Pilihan Raya Negeri (PRN) tidak lama lagi.

“Kenapa Pas boleh, (tapi) bila kita buat kononnya kita ini menggadai Islam dan Melayu? Jadi mereka harus tanya diri mereka sebab Pas juga melakukan perkhawinan muta’ah politik dengan pelbagai parti termasuk DAP,” katanya lagi.

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast

1 Komen

  1. Pumca umno kalah hingga dapat 26 kerusi adalah disebabkan dari fitnah dan hasutan dari PH. Skarang UMNO telah menyerah kepada PH seolah2 merelakan diri dipenggal kepala oleh ph bila2 masa

Comments are closed.