Ahli Majlis MPAJ, Anfaal Saari bersama Menteri Pendidikan, Fadhlina Sidek hadir bagi merasmikam Majlis Sambutan Hari Alam Sekitar Antarabangsa 2023, di SKTM2, di sini, hari ini.

AMPANG – Sekolah Kebangsaan (SK) Taman Melawati Dua (SKTM2), di sini, antara sekolah yang tersenarai sebagai Sekolah Geopark bagi penilaian Permatang Kuarza Gombak -Hulu Langat (GHL) Geopark.

Ahli Majlis, Majlis Perbandaran Ampang Jaya (MPAJ), Anfaal Saari berkata, Pematang Kuarza (GHL) telah diiktiraf sebagai Geopark Kebangsaan ketujuh di bawah Program Pembangunan Geopark Malaysia.

Katanya, hanya dua buah sekolah yang berdekatan dengan kawasan terbabit dan iaitu SKMTM2 dan Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Taman Melawati.

“Geopark yang merentasi kawasan Ampang Jaya ini hanya satu iaitu Permatang Kuarza yang melalui kawasan Rawang sehingga Hulu Langat. Semuanya ada 22 tapak geopark jadi ada banyak tarikan khazanah alam di kesemua tempat ini.

“Sehubungan itu, kita mahu dekatkan pelajar dan sekolah dengan alam supaya mereka cakna apa yang ada di geopark dan sebagainya. Kita didik mereka tentang alam sekitar.

“Untuk MPAJ, apa yang kita boleh lakukan adalah gembling tenaga untuk jadikan ia sebagai kawasan pelancongan. GHL Geopark ini boleh dijadikan salah satu agenda dibawah MPAJ untuk mempromsikan dari segi eko pelancongan,” katanya pada pemberita.

Menteri Pendidikan, Fadhlina Sidek hadir bagi merasmikam Majlis Sambutan Hari Alam Sekitar Antarabangsa 2023

Terdahulu, beliau bersama Menteri Pendidikan, Fadhlina Sidek hadir bagi merasmikam Majlis Sambutan Hari Alam Sekitar Antarabangsa 2023, di sini, hari ini.

Difahamkan, Permatang Kuarza Gombak -Hulu Langat (GHL) Geopark antara lokasi ketiga yang diiktiraf sebagai Geopark Kebangsaan selepas Kota Kinabalu, Sabah dan Langkawi, Kedah.

Sementara itu, Yang Dipertuan Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) SKTM2, Shahir Adnan berkata, pihaknya menyambut baik penganjuran program seumpama itu khususnya untuk pendidikan pelajar.

Katanya, ia merupakan satu program yang baik untuk menjaga imej alam sekitar sejak dibangku sekolah ditambah pula lokasi sekolah itu berdekatan dengan Permatang Kuarza.

Yang Dipertuan Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) SKTM2, Shahir Adnan .

“Perkara ini akan memberikan satu impak yang besar kepada sistem persekolahan kerana kita terapkan nilai cintakan alam sekitar, memelihara dan memulihara alam sekitar sejak diperingakt sekolah rendah.

“Saya difahamkan Permatang Kuarza di belakang sekolah ini adalah yang terpanjang di Malaysia. Jadi ianya satu warisan yang kita perlu jaga sebab tiada di mana-mana dan kita amat bertuah.

“Antara aktivit-aktiviti yang kita boleh lakukan adalah membuat lawatan dan penerangan tentang alam semula di Permatang Kuarza, itu dari sudut komuniti kepada anak-anak.

“Ianya juga dijadikan sebagai projek kokurikulum untuk anak-anak dan salah satu agenda mereka terlibat dengan alam sekitar malah secara lansung menjadi aktiviti kelas untuk membuat projek.

“Dari sudut penglibatan masyarakat luar, kita menggunakan sosial media dan media arus perdana untuk memberi penerangan tentang perkara ini,” ujarnya. – MalaysiaGazette