Kelab MUTIARA mengadakan kunjungan hormat ke atas Kok Chin di IPK Pulau Pinang hari ini.

GEORGE TOWN – Dasar mesra media dan lebih terbuka yang dipraktikkan Polis Kontinjen Pulau Pinang dibawa kepimpinan Datuk Khaw Kok Chin.

Dasar perhubungan itu dimaklumkan menerusi Kelab Media Mutiara Pulau Pinang (MUTIARA) selepas pihak terbabit mengadakan kunjungan hormat terhadap Kok Chin di Ibu Pejabat Polis Kontinjen Pulau Pinang (IPK) hari ini.

Pertemuan selama satu jam itu turut diiringi Pemangku Timbalan Ketua Polis Negeri, Senior Asisten Komisioner (SAC) Rahimi Ra’ais dan Ketua Cawangan Khas Negeri, SAC Winston Tan Thye Wah.

Manakala MUTIARA pula, diwakili Presidennya, Mohd Iskandar Othman; Exco Biro Diplomatik dan Tugas-tugas Khas, Selwam Arjunan beberapa Ahli Jawatankuasa.

MUTIARA dalam satu kenyataan berkata, Kok Chin menyangkal dakwaan beliau tidak boleh dihubungi secara peribadi dan isu yang timbul membabitkan Pejabat Perhubungan Awam IPK itu disebabkan salah faham.

Kok Chin (empat dari kiri) menyampai cenderahati kepada Iskandar selaku Presiden Kelab MUTIARA.

Jelasnya, media tidak pernah disekat daripada menjalankan tugas mereka, sebaliknya Kok Chin sentiasa terbuka untuk meningkatkan kerjasama antara Polis Pulau Pinang dan media.

“Beliau memberitahu tiada masalah untuk didekati wartawan berkaitan penyampaian maklumat serta penerbitan berita dengan lebih tersusun,” kata dalam kenyataan, hari ini.

Sehubungan itu, MUTIARA menghargai kesudian Kok Chin meluangkan masa mengadakan pertemuan selain berharap jaminan kebebasan dan integriti media dipelihara sekali gus masing-masing dapat memainkan peranan kepada masyarakat dengan berkesan. – MalaysiaGazette