NEW DELHI – Dianggarkan 101 juta atau 11.4 peratus penduduk India menghidap diabetes, menurut kajian baharu yang diterbitkan dalam Lancet.
Manakala 136 juta atau 15.3 peratus penduduk lagi di kategori sebagai pradiabetes.
Diabetes jenis 2 adalah bentuk penyakit yang paling biasa.
Pesakit diabetes adalah individu yang mempunyai kandungan gula dalam darah yang tinggi kerana mereka tidak dapat menghasilkan insulin, hormon, atau bertindak balas terhadapnya dengan betul.
Kajian terbaharu yang diterbitkan dalam The Lancet Diabetes and Endocrinology, dianggap sebagai yang pertama merangkumi secara komprehensif setiap negeri untuk menilai beban penyakit tidak berjangkit di negara.
Penyelidik berkata, mereka mendapati bahawa kelaziman diabetes dalam populasi India adalah lebih tinggi daripada yang dianggarkan sebelum ini.
Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) telah menganggarkan 77 juta orang menghidap diabetes, dan hampir 25 juta adalah pra-diabetes, berisiko lebih tinggi untuk menghidap diabetes dalam masa terdekat.
“Ia adalah bom jangka yang berdetik.
“Jika anda mempunyai pra-diabetes, penukaran kepada diabetes adalah sangat, sangat cepat dalam populasi kita; lebih daripada 60% orang yang mempunyai pra-diabetes akhirnya bertukar kepada diabetes dalam tempoh lima tahun akan datang,” katanya.
Kajian selama sedekad itu dijalankan oleh Yayasan Penyelidikan Diabetes Madras bersama Majlis Penyelidikan Perubatan India (ICMR) dan melibatkan 113,000 peserta berusia lebih 20 tahun dari setiap negeri di India.
Data yang dikumpul pada tahun 2008 telah diekstrapolasi untuk tahun 2021 menggunakan demografi dalam Tinjauan Kesihatan Keluarga Kebangsaan terkini, tinjauan isi rumah paling komprehensif mengenai petunjuk kesihatan dan sosial oleh kerajaan.
Kelaziman tertinggi diabetes diperhatikan di Goa (26.4%), Puducherry (26.3%) dan Kerala (25.5%).
Kajian itu memberi amaran tentang peningkatan mendadak dalam diabetes di negeri seperti Uttar Pradesh, Madhya Pradesh, Bihar dan Arunachal Pradesh yang mana kelaziman lebih rendah. – Agensi