Gambar hiasan

PARIS – Seorang kanak-kanak perempuan berusia 11 tahun daripada keluarga British telah ditembak mati selepas berlaku pertelingkahan antara jiran.

Media Perancis berkata, keluarga mangsa berada di taman ketika kejadian itu berlaku dan ibu bapa gadis tersebut turut cedera.

Insiden itu berlaku pada petang Sabtu di Saint-Herbot, sebuah kampung berhampiran Quimper di Brittany.

Suspek, yang dilaporkan warga Belanda, dan isterinya telah ditahan, lapor media tempatan.

Pendakwa raya tempatan Carine Halley berkata, punca kejadian itu belum diketahui, tetapi dipercayai konflik antara jiran sejak beberapa tahun berhubung sebidang tanah bersebelahan dua hartanah mereka.

Marguerite Bleuzen, Datuk Bandar Komune Plonévez-du-Faou, berkata: “Kami mengenali keluarga itu dengan baik. Ada pesta kampung setiap tahun dan mereka selalu datang.

“Saya tidak faham mengapa perlu berlaku tembakan ke atas seorang kanak-kanak. Tiada siapa yang boleh memahami bagaimana ia boleh berlaku.”

Pejabat Luar United Kingdom berkata, pihaknya menyediakan bantuan kepada keluarga British berikutan tragedi tersebut. – Agensi

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast