Pengasas Kelab Komedi Crackhouse, Rizal Van Geyzel berjalan keluar dari mahkamah selepas selesai membayar ikat jamin atas tuduhan menghina islam dan memperlekeh melayu di Kompleks Mahkamah Kuala Lumpur. Foto AMIRUL SHAUFIQ, 22 JULAI 2022.

KUALA LUMPUR – Mahkamah Sesyen, di sini, dimaklumkan bahawa Jabatan Peguam Negara (AGC) masih meneliti representasi terbaharu yang dikemukakan pengasas dan pemilik bersama Komedi Crackhouse, Mohamad Rizal Johan Van Geyzel.

Mohamad Rizal Johan Van Geyzel memohon untuk mengkaji tiga pertuduhan memuat naik video menyentuh isu sensitiviti perkauman yang dihadapinya.

Representasi ketiga itu dimaklumkan pada 7 Jun lalu.

Hakim Mahkamah Sesyen, Priscilla Hemamalini menetapkan 26 Jun ini bagi sebutan kes bagi keputusan representasi ketiga.

Sebelum ini, AGC menolak representasi kedua Mohamad Rizal untuk menggugurkan tiga pertuduhan memuat naik video menyentuh isu sensitiviti perkauman yang dihadapinya.

Mahkamah turut menolak representasi pertama selepas dimaklumkan terdapat perkembangan baharu dalam usaha menggugurkan pertuduhan terhadapnya.

Mohamad Rizal Johan berdepan tiga pertuduhan membuat dan memulakan penghantaran komunikasi jelik dengan niat untuk menyakitkan hati orang lain.

Perbuatan itu didakwa dilakukan melalui aplikasi Facebook menggunakan nama profil ‘Rizal van Geyzel, Instagram ‘rizalvangeyzel’ dan TikTok ‘rizalvangeyzel’ di antara 4 dan 6 Julai 2022. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast