Silvio Berlusconi

MILAN – Silvio Berlusconi, bekas Bekas Perdana Menteri Itali, yang memegang jawatan itu sebanyak empat kali telah meninggal dunia pada usia 86 tahun.

Beliau meninggal dunia di hospital San Raffaele di Milan.

Bulan April lalu, beliau menerima rawatan kerana jangkitan paru-paru yang dikaitkan dengan leukemia.

Berlusconi telah menghidap sejenis kanser darah yang jarang berlaku, leukemia myelomonocyte kronik, kata doktor di San Raffaele.

Beliau mengalami masalah kesihatan berulang selepas dijangkiti Covid-19 pada 2020.

Setakat ini, belum ada pengesahan rasmi mengenai punca kematian beliau.

Kematian Berlusconi disifatkan sebagai kehilangan besar, kata menteri pertahanan Itali.

Itali mengumumkan hari berkabung kebangsaan pada hari Rabu, hari yang sama pengebumian Berlusconi dijadualkan berlangsung di Katedral Milan. – Agensi

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast