Khairil Nizam Khirudin.

KUALA LUMPUR – Pas kesal dengan kenyataan veteran DAP, Tan Sri Lim Kit Siang yang meminta Presiden Pas, Tan Sri Abdul Hadi Awang menafikan keterlibatan DAP dalam mencetus isu 13 Mei 1969.

Ketua Penerangan Pas, Ir Khairil Nizam Khirudin berkata, Kit Siang dilihat seperti berniat jahat.

“Tuan Guru tidak pernah menyebutnya dalam artikel terkini beliau.

“Dalam rencananya hanya menyebut sebagai peringatan iaitu: ‘Malaysia pernah mengalami peristiwa 13 Mei 1969 yang menjadi sejarah hitam dalam hubungan masyarakat majmuk.

“Maka, peristiwa hitam itu jangan diulang sekali lagi dengan membawa agenda yang salah,” katanya dalam satu kenyataan.

Beliau berkata, terdapat juga beberapa kenyataan dan ucapan pemimpin serta penyokong DAP jelas mempertikai kontrak sosial, memprovokasi umat Islam dan Melayu dalam ceramah-ceramah mereka amat diketahui umum.

“Gaya percakapan dan tuduhan mereka ini umpama bermain play victim dan mahu orang lain dilihat bersalah serta rasis atau ekstrim.

“Umpama gaya Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim yang memberi propaganda dan kemudian minta nafi.

“Inilah permainan licik Kit Siang, malah rakyat tahu DAP dan pemimpin parti itu selalu menimbulkan kegusaran, ketegangan kaum dengan kenyataan yang amat anti kepada Melayu dan Islam,” ujarnya.

Jelasnya, rakyat Malaysia harus terus berhati-hati dengan permainan licik Kit Siang dan DAP yang sebenarnya sedang membawa agenda mereka dalam pentadbiran negara demi kepentingan kumpulan mereka. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast