Wan Mohd Zahari Wan Busu.

KUANTAN – Pemandu lori tangki yang menyebabkan kematian dua beradik dalam kemalangan di Jalan Kuantan – Segamat malam tadi direman selama empat hari sehingga 17 Jun ini bagi membantu siasatan.

Ketua Polis Daerah Kuantan, Asisten Komsioner Wan Mohd Zahari Wan Busu berkata, kes tersebut disiasat lanjut di bawah Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan (APJ) 1987.

“Kertas siasatan akan dirujuk ke Timbalan Pendakwa Raya untuk cadang suspek dituduh dalam tempoh reman,” katanya ketika dihubungi hari ini.

Dalam kemalangan jam 11.30 malam tadi, dua beradik perempuan maut apabila kereta dinaiki dilanggar sebuah lori tangki minyak  berhampiran lampu isyarat Felda Lepar Hilir di Jalan Kuantan-Segamat.

ARTIKEL BERKAITAN :

Dua beradik maut dirempuh lori tangki

Kedua-kedua mangsa, Siti Nur Alia Saffiyah Zulkifli, 17, dan kakaknya, Siti Mazurah Zulkifli, 30, disahkan meninggal dunia di lokasi akibat cedera parah.

Lori tangki yang dalam perjalanan ke sebuah stesen minyak di Gambang dipercayai  hilang kawalan lalu terbabas ke laluan bertentangan dan merempuh kereta mangsa. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast