Sebahagian seluar dalam wanita yang dirampas daripada suspek.

KUALA LUMPUR – Tindakan pelik seorang lelaki yang suka melihat pakaian wanita yang disidai di kawasan perumahan akhirnya membongkar sikap buruknya yang suka mencuri dan mengumpul pakaian dalam semata-mata untuk melepaskan nafsunya.

Bagaimanapun, kegiatan suspek terbongkar apabila berjaya diberkas polis di kawasan perumahan Sri Petaling dan dijatuhkan hukuman dalam tempoh 24 jam di mahkamah.

Pada 13 Jun lalu, suspek telah dituduh di Mahkamah Kuala Lumpur di bawah Seksyen 379 Kanun Keseksaan dan mengaku bersalah sebelum dihukum penjara selama sebulan.

Ketua Polis Daerah Brickfields, Asisten Komisioner Amihizam Abdul Shukor berkata, semasa kejadian pada 12 Jun lalu, pengadu seorang lelaki tempatan berumur 36 tahun telah melihat suspek yang yang berumur 45 tahun dalam keadaan mencurigakan.

“Suspek dikesan sedang memerhatikan pakaian dalam wanita yang disidai di dalam kawasan rumah pengadu di Sri Petaling. Suspek kemudian telah diekori oleh pengadu sehingga ke rumah jiran sebelum menghubungi pihak polis.

“Hasil siasatan awal mendapati suspek mengaku mencuri 25 helai pakaian dalam wanita di tiga buah rumah berbeza bagi tujuan melepaskan nafsunya,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Tambah Amihizam, polis seterusnya menjalankan tangkapan ke atas suspek dan menemui pakaian dalam wanita yang disimpan dalam beg silang miliknya.

“Kesemua barang peribadi wanita yang dicuri suspek telah berjaya dirampas polis untuk tindakan selanjutnya. Semakan rekod jenayah mendapati suspek juga mempunyai sembilan rekod kesalahan jenayah curi dan dadah berbahaya.- MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast