A.A Anbalagan

SERDANG – Seorang wanita warga asing ditemui mati di sebuah apartmen di Serdang Perdana, Seri Kembangan, di sini, hari ini.

Ketua Polis Daerah Serdang Asisten Komisioner A A Anbalagan Arumugam berkata, siasatan awal mendapati mangsa bersama rakan-rakannya pada 14 Jun 2023 telah menghadiri majlis makan malam pada Selasa lalu dan beliau kelihatan murung ketika itu.

“Rakan-rakan simati memaklumkan wanita itu tidak gembira untuk pulang ke kampung halaman di Bangladesh yang mana simati kehilangan ibunya dan hanya tinggal bapa dan suami di kampung,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Tambah Anbalagan, mayat mangsa ditemui dalam rumah itu setelah dimaklumkan oleh rakan kenalannya bahawa dia tidak dapat dihubungi oleh suaminya di Bangladesh.

“Polis telah mengeluarkan mayat dari lokasi dan dihantar ke Hospital Serdang manakala sedang menunggu hasil laporan bedah siasat.

“Pihak polis masih menjalankan siasatan lanjut terhadap kematian wanita itu untuk memastikan punca kematian dan motif kejadian itu,” ujarnya.-MalaysiaGazette