Shahidan Kassim.

KUALA LUMPUR – Ahli Parlimen Arau, Datuk Seri Shahidan Kassim mendakwa semakin ramai akar umbi UMNO yang mulai menyokong Perikatan Nasional (PN).

Beliau menerima maklumat berkenaan berdasarkan dakwaan wujudnya ketidakpuasan hati dalam kalangan ahli akar umbi semasa Perhimpunan Agung UMNO (PAU) 2023 baru-baru ini.

“Yang saya tahu, rakyat sokong PN. Saya pun dengar cerita dalam PAU (perhimpunan agung UMNO) ada warlords UMNO, saya dengar cerita sahaja tapi UMNO kat bawah sokong PN itu betul-betul ramai,” katanya ketika sidang media hari ini.

Kata Shahidan lagi, UMNO tidak mempunyai kuasa yang besar dalam kerajaan hari ini dan menganggap parti berkenaan hanya menumpang Pakatan Harapan (PH).

Berdasarkan situasi semasa, Shahidan menjangka UMNO tidak akan mampu bertahan lama bersama Kerajaan Perpaduan yang dipimpin oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

“UMNO sekarang 26 kerusi, parti itu memang parti besar tapi dari segi penyertaan dalam kerajaan itu kecil, 26 kami (PN) 74, jadi sebenarnya dia tidak boleh memerintah dengan menumpang orang, ini tak boleh lama.

“Kadang-kadang orang memberi tumpang ini tidak boleh bagi semua,” ujar bekas wakil rakyat UMNO itu.

Sementara itu, Shahidan menyatakan kesediaan untuk bertanding pada Pilihan Raya Negeri (PRN) mewakili PN tidak lama lagi.

Bagaimanapun beliau menerima secara terbuka sekiranya tidak dipilih untuk bertanding sebaliknya akan tetap membantu jentera memastikan kemenangan di tangan perikatan berkenaan.

“Terpulang kepada kepimpinan, saya tidak ada masalah, saya nak bantu,  di mana-mana sahaja tapi sebab bertanding ini negeri, alamat mesti kena negeri, jadi kalau alamat negeri, Selangorlah,” tambahnya.

Baru-baru ini, ura-ura mengatakan ahli politik berusia 71 tahun itu  dijangka bertanding bagi Dewan Undangan Negeri (DUN) Semenyih di Selangor.

Mengulas lanjut, beliau yakin lebih ramai rakyat yang bakal mengundi PN pada kali ini.

“Sekarang pun ada bekas pemimpin sokong PN, PN sebelum ini menang di kawasan tertentu bukan kerana Pas, Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) tapi sebab rakyat sokong PN, undi menang luar biasa dengan izin Allah contohnya di Perlis (pada Pilihan Raya Umum) baru-baru ini. Demikian juga undi-undi yang berlaku di Kedah,” katanya lagi. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast

1 Komen

  1. Ni bila nak suruh perenang negara pakai pakaian tutup aurat? Yg ko nampak nurse je yer…mmg manusia gila seks

Comments are closed.