KUALA LUMPUR – Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan, Datuk Seri Mohamad Sabu selamat menjalani pembedahan berhubung appendicitis pagi tadi.
Menurut Twitter rasminya, beliau kini sedang berehat dan ditempatkan di bawah pemantauan rapi pihak hospital.
“Alhamdulillah, Datuk Seri Mohamad Sabu telah selamat dibedah lebih kurang jam 4 pagi tadi.
“Beliau kini dalam keadaan stabil dan sedang dipantau rapi oleh pakar perubatan Hospital Putrajaya,” ciap admin Twitter berkenaan.
Semalam, pejabat Mohamad memberitahu, Presiden Amanah itu dimasukkan ke Hospital Putrajaya semalam.
Dalam satu kenyataan, Mohamad dimasukkan ke hospital berkenaan bagi mendapatkan rawatan berhubung appendicitis. – MalaysiaGazette
ARTIKEL BERKAITAN: