Ketua Polis Negara Tan Sri Acryl Sani Abdullah Sani . Foto MUHD NA’IM, 18 MEI 2023.

KUALA LUMPUR – Ketua Polis Negara, Tan Sri Acryl Sani Abdullah Sani mengesahkan bakal mengakhiri tugasnya lebih awal dari yang tarikh yang dijadualkan.

Acryl akan mengakhiri tugasnya sebagai pemimpin nombor satu Polis Diraja Malaysia (PDRM) pada minggu pertama bulan Julai ini, lapor  Berita Harian hari ini.

Tempoh perkhidmatan kontrak beliau bertempoh dua tahun sepatutnya berakhir 3 Oktober ini.

Kekosongan jawatan itu kemudian bakal digalas Timbalan Ketua Polis Negara, Tan Sri Razarudin Husain dan beliau juga bakal menggalas tugas pasukan PDRM menghadapi pilihan raya Dewan Undangan Negeri di enam negeri iaitu Kedah, Pulau Pinang, Selangor, Negeri Sembilan, Kelantan dan Terengganu yang dijangkakan pada Julai atau Ogos ini.

Sambil mengesahkan perkara tersebut kepada BH, Acryl Sani berkata, perunduran awal disebabkan beliau menerima tawaran baharu.

“Ya benar, saya akan berundur dari pasukan PDRM pada minggu pertama Julai ini. Keputusan ini dibuat disebabkan ada tawaran di luar sana (luar pasukan PDRM) yang perlu saya terima pada masa ini,” katanya beliau malam tadi.

Acryl bagaimanapun tidak memberi butiran terperinci tentang tawaran yang diterimanya sebaik menamatkan tugas sebagai Ketua Polis Negara.

Sementara itu, berdasarkan maklumat sumber, Acryl bakal dilantik menerajui sebuah syarikat perbankan milik kerajaan dalam masa terdekat.

Langkah Acryl bersara lebih awal ini dapat dilihat apabila juruiring rasminya (ADC) sebelum ini dilantik sebagai Timbalan Ketua Polis Daerah Brickfields.

Setakat ini nama bakal pengganti sebenar kepada Acryl Sani belum dapat dipastikan lagi. – MalaysiaGazette

ARTIKEL BERKAITAN:

Acryl Sani lepaskan jawatan KPN 22 Jun ini?

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast