PEKAN – Guru besar di sebuah sekolah di Paloh Hinai yang didesak oleh sekumpulan ibu bapa supaya dipindahkan sedang dalam siasatan Jabatan Pendidikan Negeri Pahang (JPNP).
Sumber JPNP memberitahu MalaysiaGazeette, pihaknya sebelum ini pernah menerima aduan mengenai guru terbabit.
Malah, surat layang yang diterima oleh JPNP dua minggu lalu mengenai guru berkenaan juga sudah diminitkan.
“Perkara ini sudah dalam pengetahuan jabatan dan sedang dalam siasatan jabatan.
“Sebenarnya sebelum ini ada aduan berkenaan cikgu terbabit diterima dan jabatan telah melakukan siasatan berdasarkan aduan yang telah dibuat,” katanya sambil tidak menafikan bahawa guru berkenaan tidak tahu sedang disiasat oleh Sektor Integriti JPNP.
Beliau mengulas mengenai satu video yang tular tentang tindakan sekumpulan ibu bapa yang menggantung sepanduk di sebuah sekolah rendah di Paloh Hinai bagi menggesa guru besar sekolah terbabit ditukarkan segera.
Difahamkan tindakan menggantung banner tanda protes kepada guru besar itu selepas mengesyaki guru tersebut telah menyalah guna kuasanya berkait penggunaan duit Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) berjumlah hampir RM30,000. – MalaysiaGazette
dekat tempat saya pun sama pengetua sekolah menengah seleweng duit biasiswa pelajar