Nooryana Najwa Mohd Najib

KUALA LUMPUR – Nooryana Najwa Najib kecewa bagaimana kedudukan Hakim Datuk Seri Mohd Nazlan Mohd Ghazali dalam Maybank tidak mewujudkan potensi konflik kepentingan dalam kes rasuah bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak.

Anak kepada bekas perdana menteri itu turut mempersoalkan bagaimana hendak membuktikan kes penggubahan wang haram apabila sumber wang haram tersebut tidak penting dalam pendakwaan.

Mengulas mengenai kenyataan Perdana Menteri Dewan Rakyat hari ini yang berkata, Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) tidak menemui sebarang bukti berlaku kesalahan jenayah yang dilakukan hakim berkenaan, Nooryana berkata, beliau sendiri amat bimbang dengan penemuan yang dibuat oleh Mahkamah Persekutuan sebelum ini.

Penemuan itu seolah-olah apabila seseorang itu didakwa atas kesalahan mencuri, pihak pendakwa tidak perlu membuktikan dari mana wang yang didakwa dicuri itu.

“Bolehkah anda bayangkan betapa mudahnya untuk memfitnah orang lain jika kaedah ini turut diguna pakai untuk kes lain? Hujah ini turut mengecewakan saya,” katanya dalam satu kenyataan.

Mahkamah Persekutuan ini memutuskan tiada keperluan untuk membuktikan secara khusus laluan dana SRC dalam menentukan sama ada berlaku penyelewengan dalam SRC.

Malah, mahkamah menganggap sumber dana itu tidak relevan.

Mahkamah Persekutuan juga berpendapat, pihak pendakwaan tidak perlu menyediakan bukti jalinan langsung sumber wang yang dikatakan haram kepada SRC International untuk membuktikan terdapat penyalahgunaan dana daripada SRC.

Mahkamah juga menganggap asal usul dana (haram) itu tidak penting dalam perkara ini.

Nooryana menyifatkan situasi ini janggal dalam sistem keadilan Malaysia.

“Beliau (Hakim Nazlan) adalah Penasihat Am Maybank, dan Maybank dikaitkan langsung dengan SRC. Walaupun tiada kesalahan jenayah ditemui, adalah penting untuk diakui bahawa SPRM dan AGC (Jabatan Peguam Negara) percaya Hakim Nazlan telah melanggar kod etika hakim dalam mengendalikan kes SRC.

“Ekoran itu, AGC telah mengarahkan SPRM menghantar satu surat rasmi dan melaporkan perkara ini kepada Ketua Hakim Negara, dan turut menggesa agar tindakan sewajarnya dikenakan terhadap Nazlan,” tambahnya.

Menurut Nooryana, jika tindakan Nazlan didapati melanggar kod etika hakim, ia akan menimbulkan kebimbangan serius tentang kesahihan keputusannya berhubung kesalahan Najib dalam kes SRC.

“Kami amat percaya bahawa keadilan bukan sahaja mesti dilaksanakan tetapi juga mesti dilihat telah dilaksanakan.

“Ini bagi memastikan proses kehakiman yang adil dan saksama untuk semua pihak yang terlibat.

“Justeru, kami dengan rendah hati memohon siasatan menyeluruh terhadap perkara ini untuk menegakkan integriti badan kehakiman dan memulihkan keyakinan orang ramai terhadap sistem keadilan,” katanya, sambil menambah permohonan itu untuk memastikan keadilan ditegakkan dan hak semua individu dilindungi mengikut prinsip perundangan yang adil dan saksama. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast

3 Komen

  1. Anwar Ibrahim ni bodoh mcm Rapiji juga. Masa nak PRN ni lah ko buat kenyataan menyinggung perasaan ahli UMNO. Kau back up Nazlan, apa yg ko dapat? Kau tau tak penyokong Bossku dlm UMNO tu sngat besar? Ko akan hilang undi lebih separuh ahli UMNO…padahal ko perlukan UMNO utk menang? Bodoh laa ko ni..bagi bola tanggung kat Mudin Sembab..ko ni sama bodoh dgn Rapiji yg kata ringgit turun bagus utk rakyat. Ko jgn perasan ko kuat laa..kalau ko kuat, kau tak perlukan UMNO utk jd PM. U better shut off your mouth sblm kedudukan ko sbg PM jatuh..bodoh, tak de penyakit cari penyakit.. Skrg kau dah buat taik saat PRN nak dekat..Zahid sila cuci..

  2. ANAK NAJIB KECEWA? ye la .. pergi la desak kerajaan buat tindakan pada Hakim tu… camner lak akarumbi UMNO desak kerajaan SIASAT ASET dan SIMPANAN KAU yang berpuloh juta tu sumber mana kau kaut? adakah kau menabong dari KECIL seperti amalan BEKAS JANDA yang berkahwin dengan NAJIB RAZAK tu? kesian akarumbi yang miskin menyedekahkan Wang dan Barang Kemas. NAJIB RAZAK dalam siasatan KES TIPU, RASUAH, MENCURI DUIT RAKYAT dan mengumpul harta secara Haram “sempat lagi MENIPU” kononnya tiada DUIT untuk bayar urusan Mahkamah!!!
    akarumbi teramat bersedih menyesal dengan “MUKA TEBAL” Penyamun memperdaya rakyat Malaysia. fakta itu benar… harap ZAHID HAMIDI dihalang keras daripada melakukan perkara yang sama untuk KES MAHKAMAH dia. Sayonara goodbye Zahid Hamidi after PRN 6 NEGERI ni

  3. Bagus Papa Non. Tunjuk sikit kat ahli UMNGok. Masih tak sadar diri bak kata ahmad nisfu. Konon penting sgt eh korang. Hahaha..kaduk naik junjung daaaaa korang. Korang tak keluar ngundi pun takda sapa peduli oi..

Comments are closed.