Yang Dipertua Dewan Negara Tan Sri Dr Wan Junaidi Tuanku Jaafar mempengerusikan Persidangan Dewan Negara di Bangunan Parlimen, Kuala Lumpur. Foto JABATAN PENERANGAN MALAYSIA, 19 JUN 2023.

KUALA LUMPUR – Yang di-Pertua Dewan Negara baharu, Tan Sri Dr Wan Junaidi Tuanku Jaafar hanya mengambil hanya tujuh minit sebelum membuat keputusan bagi menerima tawaran jawatan tersebut oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Wan Junaidi, 78, berkata, sebagai rakyat yang cintakan negara sukar baginya untuk menolak tawaran itu kerana ia satu amanah dan tanggungjawab kepada negara walaupun telah menyatakan hasrat untuk bersara.

“Ramai yang tahu saya telah umumkan untuk bersara daripada politik dan perkhidmatan kerajaan namun panggilan perkhidmatan lebih penting kepada diri saya dan lebih penting daripada apa yang saya janji akan buat.

“Apabila panggilan untuk berkhidmat maka saya bukan kata terpaksa bersetuju maka saya akur dengan panggilan untuk berkhidmat kepada negara, terima kasih Perdana Menteri.

“Pada 13 Jun pukul 2.05 petang pesanan Perdana Menteri, saya buat fikiran hanya tujuh minit dan saya beri jawapan saya telah bersara dan janji nak bersara tetap menyahut panggilan untuk berkhidmat untuk negara.

“Tidak dalam mimpi saya, perancangan kehidupan saya, Allah telah tunjukan jalan ke sini,” katanya selepas dimasyurkan sebagai Yang Dipertua Dewan Negara ke 19 hari ini.

Wan Junaidi dipilih sebagai Speaker Dewan Negara menggantikan Tan Sri Rais Yatim yang tamat perkhidmatan pada 16 Jun lalu. – MalaysiaGazette

ARTIKEL BERKAITAN:

Wan Junaidi dilantik Speaker Dewan Negara baharu

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast