The Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah. Covid-19 SOP flash flood floods Labour Day public holiday
Sultan Sharafuddin Idris Shah.

KUALA LUMPUR – Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah dijadual akan menjalani menjalani rawatan dan pembedahan Holmium Laser Enucleation of the Prostate (HoLEP) di London pada 28 Julai.

Pembedahan akan diketuai oleh Dr. Tev Aho dan baginda dijangka akan pulang ke tanah air pada 15 Ogos ini.

“Sekiranya kesihatan beta mengizinkan, beta akan berangkat balik lebih awal daripada tarikh yang berkenaan. Beta juga berharap Ahli-Ahli Dewan di-Raja Selangor dan sekelian yang hadir dapat mendoakan kesihatan dan kesejahteraan Beta ketika menjalani rawatan di London nanti,” titah baginda.

Sultan Sharafuddin bertitah demikian ketika mengisytiharkan pembubaran Dewan Undangan Negeri Selangor hari ini.

“Insya-Allah dengan izin-Nya beta berharap untuk kembali sembuh seperti sediakala bagi membolehkan beta menjalankan tugas sebagai Raja Pemerintah dan Ketua Agama Islam bagi Negeri Selangor yang tercinta.

“Semoga kita semua sentiasa dilindungi oleh Allah Subhanahu Wata’ala dan mendapat keberkatan daripadaNya. Amin,” titah Sultan Sharafuddin.

Baginda sebelum itu dijadual berangkat ke Arab Saudi bagi menunaikan fardu haji bersama Tengku Permaisuri Selangor Tengku Permaisuri Norashikin esok.

Sultan Sharafuddin dijangka kembali ke tanah air selepas menunaikan ibadah haji pada 4 Julai 2023. – MalaysiaGazette