Video dua lelaki yang samun dsn membelasah pekerja kedai serbaneka 24 jam dalam kejadian awal pagi semalam di Semenyih tular di media sosial.

KAJANG – Polis berjaya memberkas dua suspek yang menyamun dan mencederakan seorang pekerja kedai serbaneka di Semenyih di sini awal pagi semalam.

Ketua Polis Daerah Kajang, Asisten Komisioner Mohd Zaid Hassan berkata, tangkapan dibuat di Seremban dan Sepang.

Dalam kejadian 5 pagi itu, dua suspek itu masuk ke kedai untuk membeli minuman.

Salah seorang daripada suspek telah mengambil tiga batang payung dan keluar dari premis tanpa mahu membuat bayaran.

Tindakan suspek itu ditegur oleh pekerja terbabit hingga berlaku pertengkaran mulut sebelum suspek menumbuk serta mencederakan mangsa di muka.

Kedua-dua suspek berusia 31 dan 31 tahun itu mempunyai satu rekod jenayah lampau dan dadah.

Menurut beliau, kedua-dua suspek akan dibawa ke Mahkamah Majistret Kajang pada Khamis ini untuk perintah permohonan reman.

Kes disiasat di bawah Seksyen 394 Kanun Keseksaan, yang mana jika disabit kesalahan boleh dihukum dengan penjara selama tempoh boleh sampai dua puluh tahun, dan denda atau sebatan. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast