Anggota bomba bertungkus-lumus mengawal kebakaran di sebuah restoran barbeku di Yinchuan, China. foto Xinhua

BEIJING – Sembilan orang telah ditahan susulan letupan di sebuah restoran barbeku di barat laut China yang mengorbankan sekurang-kurangnya 31 orang.

Kebocoran gas disyaki menyebabkan letupan berlaku di bandar Yinchuan pada malam Rabu.

Presiden Xi Jinping telah menggesa “usaha habis-habisan” dalam siasatan terhadap letupan itu, selain mahu tahap keselamatan ditingkatkan.

Pemilik Restoran Barbeku Fuyang adalah antara yang ditahan, lapor media kerajaan.

Letupan itu berlaku pada malam cuti Festival Bot Naga selama tiga hari di China, ketika ramai keluarga dan rakan berkumpul untuk menjamu selera.

Beberapa pelajar sekolah menengah dan pesara adalah antara yang maut.

Agensi berita Xinhua melaporkan, angka kematian dijangka meningkat dengan sekurang-kurangnya tujuh orang cedera, seorang daripadanya berada dalam keadaan kritikal.

“Kita mesti melakukan yang terbaik untuk menyelamatkan mangsa yang cedera dan meyakinkan keluarga mangsa, mengenal pasti punca kemalangan secepat mungkin, dan dengan serius melaksanakan tanggungjawab mengikut undang-undang,” kata Xi.

Restoran ini adalah sebahagian daripada kumpulan restoran dan tempat hiburan di pusat bandar Yinchuan, ibu kota wilayah autonomi Ningxia.

Stesen CCTV menyiarkan rakaman lebih daripada sedozen anggota bomba memadamkan kebakaran ketika asap keluar dari lubang hadapan restoran.

Letupan itu menyebabkan serpihan kaca bersepah di atas jalan.

Perkhidmatan bomba dan penyelamat menghantar lebih 100 anggota dan 20 kenderaan ke tempat kejadian, kata Kementerian Pengurusan Kecemasan.

Menurut siasatan awal pihak bomba, seorang pekerja restoran telah terhidu bau gas bocor kira-kira sejam sebelum letupan.

Dia kemudian menemui injap pecah pada tangki gas cecair, dan sedang dalam proses menggantikannya apabila letupan itu berlaku, menurut laporan media tempatan. – Agensi

BEIJING – Sembilan orang telah ditahan susulan letupan di sebuah restoran barbeku di barat laut China yang mengorbankan sekurang-kurangnya 31 orang.

Kebocoran gas disyaki menyebabkan letupan berlaku di bandar Yinchuan pada malam Rabu.

Presiden Xi Jinping telah menggesa “usaha habis-habisan” dalam siasatan terhadap letupan itu, selain meningkatkan langkah keselamatan.