Amirudin Shari

CHERAS – Agihan kerusi gabungan Pakatan Harapan (PH) dan Barisan Nasional (BN) di Selangor pada Pilihan Raya Negeri (PRN) yang dijadual berlangsung tidak lama lagi masih belum dimuktamadkan sepenuhnya.

Bagaimanapun, Pengerusi PH Selangor, Datuk Seri Amirudin Shari yakin perkara itu akan diselesaikan oleh Datuk Seri Anwar Ibrahim dan Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi, selaku pengerusi kedua-dua parti gabungan.

“Agihan kerusi hampir selesai. Yang tidak selesai itu tinggal PM selesaikan dengan TPM, berbaki satu dua kerusi sahaja. Kita ada masa, yang penting kita dapat yakinkan agar mengekalkan PH dan dicampur rakan-rakan gabungan Kerajaan Perpaduan Malaysia Madani,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas menunaikan Solat Jumaat bersama Perdana Menteri di Masjid Bandar Tun Hussein Onn hari ini.

Amirudin yang juga Menteri Besar Selangor memberi bayangan PH akan memberi laluan kepada calon-calon muka baharu selain mengekalkan penyandang kerusi DUN di negeri itu.

“Sebahagian candidate kita sudah kumpulkan sejak sekian lama malahan menjelang Pilihan Raya Umum (PRU) lepas kita sudah consider calon-calon kalau kita nak buat sekali (PRU dan PRN).

“Ada penyandang kekal, ada tidak kekal. Ada orang baru masuk, ada orang baru tak dapat masuk,” katanya lagi.

Pada 19 Jun lalu, beliau dipetik sebagai berkata, gabungan PH-BN akan memenangi lebih dua pertiga daripada keseluruhan jumlah 56 kerusi di Selangor pada PRN akan datang. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast