Cultra yang diadakan setiap tahun turut dimasukkan ke dalam kalender acara pelancongan Malaysia oleh Biro Pameran dan Konvensyen Malaysia (MyCEB) pada tahun ini.

KUALA LUMPUR – Acara larian denai Cameron Highlands, Cameron Ultra (Cultra) bulan depan menyaksikan pertambahan jumlah penyertaan pelari yang mencecah 2,500 dari melibatkan 36 negara.

Timbalan Ketua Pemasaran Boh Plantation, Aina Mohd. Ramly berkata, acara itu juga berpotensi merangsang pendapatan ekonomi tempatan dan sektor pelancongan dengan unjuran pendapatan sebanyak RM12 juta pada tahun ini.

Beliau berkata, Cultra sebelum ini terbukti berjaya mempromosikan keunikan Cameron Highlands sebagai destinasi pelancongan dalam kalangan pengunjung tempatan dan luar negara.

“Setiap tahun menerusi penganjuran acara larian ini jumlah peserta juga semakin meningkat terutama membabitkan peserta dari pelbagai negara asing sekali gus dapat memperkenalkan keunikan ladang teh kami kepada pengunjung.

“Justeru kesan yang jelas boleh dilihat apabila kami secara tidak langsung dapat mengetengahkan produk pelancongan yang ada di sini termasuk ladang teh yang menjadi salah satu laluan acara ini,” katanya dalam majlis pelancaran dan penghargaan Cultra 2023 yang memasuki tahun keenam pada tahun ini.

Tahun lalu, kategori 100km berjaya ditamatkan pelari dari Jepun, Hisashi Kitamura  dalam tempoh masa 12 jam 1 minit  dan 7 saat.

Acara larian yang diadakan setiap tahun ini turut dimasukkan ke dalam kalender acara pelancongan Malaysia oleh Biro Pameran dan Konvensyen Malaysia (MyCEB) pada tahun ini selepas mendapat penyertaan tinggi daripada pelbagai negara asing untuk acara sukan larian denai ultra.

Cultra 2023 menawarkan lima kategori jarak larian iaitu bermula empat kilometer (km) (beginner), 14km, 14 km, 30 km, 60 km dan 100 km.

Tahun lalu, kategori 100km berjaya ditamatkan pelari dari Jepun, Hisashi Kitamura  dalam tempoh masa 12 jam 1 minit  dan 7 saat.

Sementara itu, Pengurus Besar Tourism Pahang, Kamaruddin Ibrahim berkata, acara pelancongan sukan seperti Cultra memberi pulangan kepada ekonomi kerajaan negeri selepas berjaya menarik kehadiran peserta larian dan ahli keluarga.

“Apabila adanya acara pelancongan sukan seperti ini, ia memberi kesan ekonomi yang baik kepada kerajaan negeri kerana peserta bukan sahaja hadir untuk perlumbaan malah berbelanja untuk aktiviti pelancongan bersama keluarga.

“Jadi menerusi angka kehadiran peserta tahun ini yang meningkat kita mengunjurkan RM12 juta perbelanjaan pelancongan untuk acara itu sahaja selama tiga hari di Cameron Highlands,” katanya. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast