bahaya Najib
Poster Solidariti Untuk Najib Razak memenuhi sisi karpet merah yang bakal dilalui Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim dan Presiden UMNO, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi sebelum perasmian Perhimpunan Agung UMNO 2023 di Pusat Dagangan Dunia Kuala Lumpur (WTCKL). Foto MOHD ADZLAN, 09 JUN 2023.

KUALA LUMPUR – Pakatan Harapan (PH) dan Barisan Nasional (BN) dilihat masih tidak memahami bahaya yang timbul sekiranya bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak tidak diberi pengampunan dalam masa terdekat.

Penganalisis politik, Lim Sian See berkata, situasi itu akan mengundang kemarahan penyokong Najib yang kecewa kerana kerjasama UMNO dan Kerajaan Perpaduan sejak tujuh bulan lalu tidak membawa sebarang hasil ke arah mendapatkan keadilan kepada bekas Ahli Parlimen Pekan berkenaan.

“Golongan ini tidak akan percaya lagi apa-apa janji kosong, laungan atau tangisan dan mahu lihat usaha atau hasil untuk Najib.

“Keadaan kemarahan dan kekecewaan ini akan menyebabkan sebahagian besar penyokong Najib tidak mengundi PH dan BN dalam enam pilihan raya negeri (PRN) akan datang,” katanya dalam hantaran Facebook, hari ini.

Sebaliknya, menurut beliau, Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) dan Pas memahami bahawa sokongan rakyat terhadap Najib adalah lebih tinggi berbanding sokongan mereka kepada UMNO dan BN.

Sian See menambah, atas sebab itu, pemimpin-pemimpin Bersatu serta Pas menyokong pengampunan Najib dan mereka tahu Kerajaan Perpaduan tidak akan berani melakukannya.

“Jika pengampunan tidak boleh diberi ketika ini, sekurang-kurangnya gugurkan beberapa daripada baki lapan kes mengarut yang dikenakan oleh kerajaan Tun Dr Mahathir Mohamad dan Tan Sri Muhyiddin Yassin terhadap Najib agar tokoh yang sudah banyak berjasa kepada negara diberi sedikit kelegaan.

“Barulah penyokong Najib boleh nampak sedikit hasil dan usaha PH dan BN,” jelasnya. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast

2 Komen

  1. Sian See ni.. kesian aq baca idea kau… janji siapa nak dipercayai.. ANWAR IBRAHIM? ZAHID HAMIDI? Sian See tunjukkan sikit bijak tu… antara DUA PENAMA ini.. JANJI siapa yang kau percaya? rakyat Malaysia DAH dengar JANJI-JANJI mereka…

  2. kalau Najib diberi pengampunan ph BN akan lingkup lah jawab nya . siapa sangat lah penyokong Najib . cuma dikalangan rakyat yang pernah menerima duit haram dari nya dulu saja . orang lain tak ada pun . kaki bodek tu yang banyak terima itu yang lebih sangat nak Najib diampun kan . nanti akan bertambah Rizki kalau Najib jadi PM sekali lagi .

Comments are closed.