jentera bersama
Aminuddin Harun pada sidang media di Wisma Negeri, Seremban, hari ini.

SEREMBAN – Jentera bersama Pakatan Harapan (PH) dan Barisan Nasional (BN) bagi menghadapi Pilihan Raya Negeri (PRN) Negeri Sembilan akan dilancarkan dalam masa terdekat.

Pengerusi PH Negeri Sembilan, Datuk Seri Aminuddin Harun berkata, perkara itu dibincangkan dalam mesyuarat parti-parti dalam Kerajaan Perpaduan di negeri ini semalam.

“Kita telah membincangkan untuk menyelaraskan pelancaran jentera pilihan raya di peringkat negeri secara bersama.

“Kita telah serahkan kepada jawatankuasa khas yang akan bertindak bagi memastikan bahawa ia dapat dilaksanakan dalam masa terdekat,” katanya dalam sidang media di Wisma Negeri di sini, hari ini.

Mesyuarat tersebut turut dihadiri Pengerusi BN Negeri Sembilan, Datuk Seri Jalaluddin Alias.

Aminuddin yang juga Menteri Besar Negeri Sembilan menambah, mesyuarat itu turut membincangkan mengena langkah memperkuatkan jentera bersama mengikut situasi di kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) masing-masing.

“Manifesto juga kita telah bincang dan ada jawatankuasa khas yang ditubuhkan,” jelasnya.

PRN Negeri Sembilan bakal menyaksikan PH dan BN bekerjasama buat kali pertama sebagai pakatan politik untuk bertanding di semua 36 kerusi DUN.

Keputusan PRU-14 menyaksikan PH membentuk kerajaan Negeri Sembilan setelah memenangi 20 kerusi sekali gus mengambil alih kuasa daripada BN yang hanya mampu mempertahankan 16 kerusi. – MalaysiaGazette

1 Komen

  1. beberapa isu yang menjadikan BN sebagai sasaran oleh PH dalam mempengaruhi rakyat termasuk menggunakan gelaran penyamun, perompak dan sebagainya.

    “Kerana hujah-hujah macam inilah kalah BN. Yang peliknya parti yang bantai kita siang malam yang menyebabkan punca kita kalah, (tetapi) akhirnya kita pergi cium punggung dia (PH DAPIGS

Comments are closed.