Malaysia Sudan Zambry Belanda
Zambry Abd Kadir

KUALA LUMPUR – Malaysia mengutuk sekeras-kerasnya keputusan Sweden membenarkan tindakan provokatif membakar al-Quran di sebuah masjid di Stockholm.

Menteri Luar, Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir yang kecewa dengan insiden itu berkata, tindakan biadab itu menyinggung perasaan umat Islam di seluruh dunia ketika sambutan Hari Raya Aidiladha.

“Tindakan itu ternyata mencemarkan kitab suci dan ia sekali gus melanggar prinsip untuk menghormati serta memahami semua agama dan kitab suci masing-masing.

“Keputusan oleh mahkamah Sweden bukanlah satu langkah progresif dalam usaha kita meningkatkan rasa hormat dan persefahaman untuk kebaikan bersama,” katanya dalam Twitter hari ini.

Artikel berkaitan: Lelaki bakar al-Quran di Sweden pada Hari Raya Aidiladha

Semalam lelaki berasal dari Iraq bertindak membakar al-Quran di luar sebuah masjid di Stockholm sehingga mencetuskan kemarahan Turkiye ketika Sweden berusaha menyertai Pertubuhan Perjanjian Atlantik Utara (NATO).

Perbuatan biadab itu dilakukan dua lelaki di luar masjid utama di ibu negara Sweden menjelang sambutan Aidiladha.

Insiden itu berlaku selepas polis meluluskan permit membenarkan lelaki itu melakukan perbuatan demikian.

Sebelum ini mahkamah rayuan Sweden menolak larangan polis terhadap protes membakar al-Quran yang menimbulkan kemarahan dalam kalangan umat Islam di seluruh dunia. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast