Gambar hiasan

KUALA LUMPUR – Seorang penunggang motorsikal maut selepas hilang kawalan dan terbabas sebelum melanggar tiang lampu dalam kejadian di Jalan Desa 3, Bandar Country Homes dari arah Bandar Country Homes menghala Rawang awal pagi tadi.

Ketua Polis Daerah Gombak, Asisten Komisioner Zainal Mohamed berkata, akibat daripada kemalangan tersebut, mangsa yang berusia 23 tahun telah mengalami kecederaan parah dibahagian kepala dan telah disahkan meninggal dunia.

Mayat mangsa telah dihantar ke Hospital Sungai Buloh untuk bedah siasat.

Kes disiasat dibawah Seksyen 41(1) APJ 1987.

Orang ramai yang melihat atau mempunyai maklumat mengenai kemalangan ini diminta tampil membantu siasatan dengan menghubungi Pegawai Penyiasat Trafik, Insp Mohamad
Suhaimi Bin Tukiman di talian 013-7557556 atau Bilik Gerakan Ibu Pejabat Polis Daerah Gombak di talian 03-61262222. – MalaysiaGazette