Home Nasional Polis buru kumpulan penunggang buat aksi superman

Polis buru kumpulan penunggang buat aksi superman

KUALA LUMPUR – Polis membuka kertas siasatan terhadap sekumpulan penunggang motosikal yang berlumba dan menunggang secara berbahaya di Lebuhraya Utara Selatan berhampiran susur keluar ke Tanjung Malim dan Kuala Kubu Bharu.

Ketua Polis Daerah Hulu Selangor, Superitendan Ahmad Faizal Tahrim berkata, rakaman video perbuatan kumpulan berkenaan yang melakukan aksi ‘Superman’ dan zig-zag tersebar menerusi laman sosial sejak semalam.

Beliau berkata, pihaknya sedang giat mengesan semua penunggang motosikal berkenaan bagi membantu siasatan di bawah Seksyen 42 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

“Tindakan penunggang motosikal ini telah menyebabkan kegusaran dan ketakutan kepada pengguna jalan raya lain dan risiko kemalangan,” katanya menerusi kenyataan hari ini.

Ahmad Faizal memohon orang ramai yang mempunyai maklumat mengenai kejadian dan video yang tular itu tampil membantu siasatan dengan menghubungi Pegawai Penyiasat Trafik Insp Alauddin Salehudin di talian 013-642 0184 atau 03-6064 1222. – MalaysiaGazette

 

1 Komen

  1. Selagi tiada tindakan yg betul betul boleh mengajar mereka, selagi itu lah susah untuk membenteras.. selain pihak penguasa menjadi CCTV untuk melihat berapa ramai yg akan berkubur diatas jalanraya. Syabas kepada mereka yg berjaya untuk pulang menemui pencipta lebih awal.

Comments are closed.