KUALA LUMPUR — Jabatan Bomba dan Penyelamat (JBPM) Selangor menemui mayat seorang lelaki di dalam parit berhampiran Dewan Persatuan Penduduk Teluk Bunut, Banting, hari ini.

Penolong Pengarah Operasi JBPM Selangor, Mohammadul Ehsan Mohd. Zain berkata, pihaknya menerima panggilan mengenai kejadian pada jam 8.58 pagi.

Katanya, seramai lima anggota Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Banting dikerah ke lokasi kejadian susulan panggilan itu.

“Setibanya di lokasi, kami mendapati terdapat mayat lelaki yang berusia 40-an terdampar di dalam parit berkedalaman 2 kaki,” katanya menerusi kenyataan.

Difahamkan, bomba juga menemui Kad Pesakit Luar klinik kesihatan Telok Datok dalam kejadian itu dengan penama Thew Boon Keong.

Mengulas lanjut beliau berkata, mayat berkenaan kemudian diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan selanjutnya selepas berjaya dibawa naik. – MalaysiaGazette