JOHOR BAHRU – Johor menjangka akan menerima kedatangan jutaan rakyat dari China sekaligus menjadi penyumbang utama kepada sektor pelancongan selepas pasca pandemik Covid-19.
Timbalan Pengerusi MATTA Johor, Kathryn Lee berkata, kedatangan ramai pelancong dari republik itu setelah kerajaan China membuat keputusan untuk kembali membuka sempadan antarabangsa sejak Januari lalu.
“Selain itu, China juga masih merupakan antara destinasi antarabangsa yang menjadi pilihan utama rakyat negara ini untuk melancong selain Taiwan, Korea Selatan dan Jepun,” katanya.
Beliau berkata demikian dalam sidang media sempena penganjuran Pemeran MATTA Johor di sini hari ini.
Sementara itu, Kathryn memberitahu, pihaknya akan menganjurkan Pameran MATTA Johor di dua lokasi iaitu di Batu Pahat pada 22 dan 23 Julai ini dan di Pusat Konvensyen Antarabangsa Austin (AICC) selama tiga hari bermula 4 Ogos depan.
“Untuk pameran MATTA Johor di AICC kali ini, kita menyasarkan jumlah jualan sebanyak RM10 juta melibatkan pelbagai pakej pelancongan domestik dan juga antarabangsa,” katanya.
Sebanyak 103 ruang pameran disediakan melibatkan seramai kira-kira 50 pempamer termasuk agensi pelancongan negeri seperti Lembaga Pembangunan Langkawi; Sabah Tourism Board dan juga Kuala Lumpur Tourism Unit.
Selain hadiah cabutan bertuah, pihaknya juga turut mengadakan pertandingan foto dan video yang menawarkan hadiah tiket penerbangan buat pertama kali dalam sejarah Pameran MATTA Johor.
“Sehubungan itu, orang ramai boleh hadir bagi mendapatkan pakej pelancongan menarik oleh penyedia perkhidmatan yang berlesen tanpa bimbang menjadi mangsa penipuan,” katanya.-MalaysiaGazette
Mana2 pelancung yang tak punyai return ticket terus suroh balik menerusi ejen mereka. Berapa jumlah yang ejen mereka minta itu bukanlah masalah/urusan kerajaan. Tak usahlah lagi ada peristiwa pencerobohan oleh menteri Sarawak!
Apa2 pun tahniah kepada kakitangan immigresen yang bertindak cemerlang berlandaskan undang2. Mereka2 ini disarankan supaya dinaikkan pangkat.