PUTRAJAYA – Barisan Nasional (BN) menghormati pendirian dua kompenannya, MCA dan MIC yang tidak mahu bertanding pada Pilihan Raya Negeri (PRN) pada 12 Ogos depan.
Pengerusi BN, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi menambah, keputusan MCA dan MIC itu akan dibawa ke mesyuarat Majlis Dewan Tertinggi BN pada 10 Julai depan.
Menurut beliau, meskipun tidak bertanding, MCA dan MIC sudah berjanji untuk membantu calon dari BN mahupun Pakatan Harapan (PH).
“BN menghormati keputusan mereka dan mereka akan terus kerjasama dalam kempen PRN,” katanya pada sidang media hari ini.
Menjawab pertanyaan pemberita, Ahmad Zahid menolak dakwaan bahawa kedua-dua parti itu bertindak memboikot PRN di enam negeri itu.
“Boikot? Mereka punya alasan tersendiri,” tambahnya ketika ditanya mengenai kenyataan Setiausaha Agung MCA, Chong Sin Woon yang mengumumkan parti itu tidak bertanding dalam PRN enam negeri akan datang.
Sin Woon berkata, MCA membuat keputusan itu selepas mengambil kira “situasi politik semasa”.
Malah MIC mengikut jejak MCA apabila turut mengumumkan tidak bertanding pada PRN nanti.
Menurut setiausaha agungnya, RT Rajasekaran,keputusan sebulat suara itu susulan perbincangan lebih empat jam Jawatankuasa Kerja Pusat (CWC) MIC yang diadakan 30 Jun lalu.
Artikel berkaitan:MCA tak bertanding PRN enam negeri – Sin Woon
MIC tak bertanding pada PRN kali ini
Dalam pada itu, Ahmad Zahid berkata, kerusi yang telah diberikan kepada kedua-dua parti itu akan diserahkan kembali kepada BN.
“Kalau (MCA dan MIC) tak nak, kita akan ambil (kerusi) ia akan letak bawah BN,” jelas Ahmad Zahid.
Sebelum ini, Presiden UMNO itu berjanji komponen BN itu akan tetap diberikan kerusi untuk bertanding pada PRN akan datang. – MalaysiaGazette
Majoriti akar umbi umno akan pangkah PN dlm PRU 6 negeri nanti.
Kata mereka bulan Ogos bulan kemerdekaan, merdeka dari pemerintahan penjajah!!! Horeyyyy… bebaskan diri dari penjajah, bebakan negara dari lbgtq, bebaskan diri dari coldplay…
Hoi Hoi Yahoi ZAHID HAMIDI…
akarumbi UMNO di TIPU no no…
keluarga NAJIB di TIPU out out..
rakyat Malaysia di TIPU Agong Agong..
MCA MIC di TIPU calon calon…
Hoi Hoi Yahoi ZAHID HAMIDI….
cakap la JUJUR sekali sahaja sebelum UMNO buang ANDA..
Sayonara goodbye Zahid Hamidi after PRN 6 NEGERI