KUANTAN – Keputusan Mahkamah Tinggi Kuantan berhubung kes pekebun durian Musang King di Raub pada Selasa lalu hanya berkaitan permohonan interlokutori (bantahan awal) oleh pihak Royal Pahang Durian dan bukannya keputusan untuk semakan kehakiman seperti dilaporkan.
Exco Komunikasi dan Multimedia, Belia, Sukan dan Badan-Badan Bukan Kerajaan Pahang, Fadzli Mohamad Kamal berkata, keputusan permohonan interleokutori berkenaan bagi pembatalan prosiding dengan alasan peguam pemohon (pekebun) gagal mengemukakan dokumen untuk mewakili semua pemohon.
Oleh itu, beliau berharap masyarakat dapat memahami bahawa keputusan semakan kehakiman belum diputuskan kerana prosiding perbicaraan belum bermula.
Jelas Fadzli, cara laporan sebuah media tempatan telah menimbulkan salah faham dan kekeliruan dalam masyarakat berhubung keputusan yang diputuskan oleh Hakim Zainal Azman Abdul Aziz kelmarin.
Artikel berkaitan: Pekebun Musang King dinasihat pertimbang semula tindakan mahkamah – MB
”Pelbagai persepsi dan naratif hingga ramai netizen beranggapan pihak pekebun telah menang dalam perbicaraan di mahkamah berhubung tuntutan mereka untuk mendapatkan kebenaran permohonan semakan kehakiman terhadap notis arahan pengosongan tanah yang dikeluarkan Kerajaan Negeri Pahang.
”Padahal, keputusan mahkamah semalam hanyalah berhubung permohonan interlokutori pihak Royal Pahang Durian untuk pembatalan prosiding di atas alasan peguam pemohon (pekebun) gagal mengemukakan dokumen untuk mewakili semua pemohon.
”Hakikatnya, keputusan ini tiada kena-mengena dengan permohonan semakan kehakiman, yang mana tarikhnya belum ditetapkan oleh Mahkamah Tinggi Kuantan,” katanya kepada MalaysiaGazette.
Menurutnya kerajaan negeri sangat terbuka dalam menerima pandangan semua pihak, namun dalam masa yang sama mengharapkan laporan berita yang mendapat perhatian umum perlulah berasaskan fakta dan tidak bersifat menimbulkan provokasi serta salah faham.
Selasa lalu, keputusan Mahkamah Tinggi Kuantan menolak permohonan Royal Pahang Durian Resources PKPP Sdn Bhd (RPDR-PKPP) untuk membatalkan prosiding semakan kehakiman yang dibawa oleh dua kumpulan pekebun durian Musang King.
Mahkamah juga memerintahkan responden ke-6 iaitu RPDR-PKPP membayar kedua-dua kumpulan pekebun RM10,000 setiap kumpulan iaitu secara keseluruhan RM20,000 sebagai kos mahkamah. – MalaysiaGazette
Kes ini patutnya ditutup sahaja. Amatlah ganjil dan tidak berperlembagaan memberi hak kepada penceroboh.
Mereka sepatutnya ditangkap dan dipenjarakan kerana menceroboh!
Meneruskan bicara hanya membuang masa, membazirkan wang kerajaan sahaja. Adalah lebih baik fokus kepada hal2 yang lebih berfaedah kepada rakyat.
semua cina pekebun musang King adalah penceroboh tnh krjaan.
prosiding babi apa lg..
dah lah cukai berpuluh juta RM,puluhan tahun byr ke tidak…
musnahkan sj, semua ldg haram tu..pekebun Cina tu memang
SPESIS BABI. BUKAN MANUSIA…
Krjaan dn Istana MESTI TEGAS SEKALI NI.
BUANG KESS..