Pengerusi Proklamasi Orang Melayu (POM), Tun Dr Mahathir Mohamad bercakap pada sidang media berkenaan Proklamasi Orang Melayu di Hotel Sama-Sama KLIA, Sepang. Foto FAREEZ FADZIL, 28 JUN 2023.

KUALA LUMPUR – Tun Dr Mahathir Mohamad menegaskan adakah menjadi satu kesalahan apabila beliau menyebut Malaysia sebagai Tanah Melayu kepada umum.

Bekas Perdana Menteri itu menempelak pendapat yang disiarkan sebuah akhbar mempersoalkan kenyataan beliau bahawa adalah melanggar perlembagaan untuk mempromosikan Malaysia yang berbilang kaum.

“Saya dikatakan oleh New Straits Times membakar (jiwa) kerana mendakwa Malaysia adalah Tanah Melayu (Land of the Malays).

“Salahkah saya? Atau menyata yang benar salah.

“Saya anggap Sarawak dan Sabah adalah Tanah Bumiputera. Salahkah?” soalnya di Twitter.

Dr. Mahathir merujuk laporan New Strait Times berjudul ‘NST Leader: Dr Mahathir’s inflammatory pill’ yang disiarkan hari ini.

Pada Selasa lalu, Dr Mahathir menyatakan usaha mempromosi negara berbilang bangsa adalah bertentangan dengan Perlembagaan Persekutuan.

Bekas Ahli Parlimen Langkawi itu menafikan dakwaan bahawa beliau memainkan sentimen perkauman apabila membangkitkan isu-isu berkaitan orang Melayu.

Bekas Pengerusi Parti Pejuang Tanah Air itu hanya menyuarakan peruntukan yang terkandung dalam Perlembagaan Persekutuan. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast