Ahmad Zakiyuddin.

GEORGE TOWN – Majlis Agama Islam Negeri Pulau Pinang (MAINPP) akan menjalankan siasatan berhubung dakwaan berlaku majlis meraikan perkahwinan sejenis membabitkan dua wanita di Balik Pulau yang tular di media sosial hari ini.

Yang Dipertua MAINPP, Datuk Ir Ahmad Zakiyuddin Abdul Rahman berkata, pihaknya akan mendapatkan lebih banyak maklumat untuk menentukan kesahihan dakwaan berkenaan.

“Bagaimanapun, sekiranya ia benar berlaku kami akan mengambil tindakan mengikut lunas undang-undang memandangkan Malaysia melarang aktiviti LGBT,” katanya ketika dihubungi MalaysiaGazette hari ini.

Terdahulu, tular beberapa keping gambar di Facebook menunjukkan dua wanita yang terdiri daripada warga tempatan dan luar negara bercumbu di sebuah premis di Balik Pulau.

Berdasarkan hantaran itu, perkahwinan mereka berlaku Jun lalu dan dihadiri keluarga serta teman rapat dua wanita berkenaan.

Selain itu, wanita tempatan itu juga didakwa bekas Ahli Dewan Undangan (ADUN) Pulau Tikus bagi tempoh 2013 hingga 2018. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast

1 Komen

Comments are closed.