Azizi Safar

KUALA LUMPUR – Naratif untuk menjaja mengenai hubungan UMNO-DAP biarlah teguh, logik dan sukar dipertikaikan, kata pemerhati politik, Azizi Safar.

Ini kerana, DAP hanya bersama UMNO setelah berlaku kebuntuan politik selepas Pilihan Raya Umum Ke-15 apabila tiada parti atau gabungan parti menang cukup kerusi untuk tubuh Kerajaan Persekutuan baharu.

Sedangkan, MCA dan MIC telah bersama-sama dengan UMNO sebelum negara mencapai kemerdekaan lagi.

Malah, MCA dan MIC juga telah bersama-sama dengan UMNO menuntut kemerdekaan Tanah Melayu, bersetuju dengan kontrak sosial yang menjadi sebahagian asas Perlembagaan Persekutuan.

“UMNO masih bersama dengan MCA dan MIC dalam Barisan Nasional walaupun ada MKT UMNO gelar MCA dengan MIC sebagai “biawak hidup”,” katanya dalam hantaran di Facebook.

Beliau mengulas cakap-cakap orang UMNO yang cuba menyamakan hubungan antara UMNO dengan MIC dan MCA berbanding DAP pada masa ini.

Jelas beliau, UMNO bersama-sama dengan DAP dalam Kerajaan Perpaduan Malaysia Madani dan juga Majlis Perundingan Pimpinan Kerajaan Perpaduan yang dianggotai oleh 19 buah parti lain.

Menurutnya, 19 buah parti individu bukannya gabungan-gabungan parti politik.

“Majlis Perundingan Pimpinan Kerajaan Perpaduan bukan dianggotai oleh gabungan-gabungan parti politik yang menubuhkan Kerajaan Perpaduan. Oleh sebab inilah, kesemua 19 orang Ketua-Ketua parti hadir dalam Mesyuarat Majlis Perundingan Pimpinan Kerajaan Perpaduan. Bukan ketua-ketua gabungan parti saja yang hadir.

“Kerajaan Persekutuan pula ditubuhkan setelah cukup bilangan melebihi majoriti mudah Ahli-Ahli Dewan Rakyat yang menyokong Anwar Ibrahim jadi Perdana Menteri,” ulasnya lagi.

Baru-baru ini, Ketua Pengarah Komunikasi UMNO, Datuk Lokman Noor Adam menyifatkan MCA dan MIC sebagai ‘biawak hidup’ yang tidak menyumbang kemenangan kepada BN.

Gelaran ‘biawak hidup’ yang dilemparkan oleh Lokman terhadap MCA dan MIC itu telah dikhuatiri boleh memberi kesan negatif terhadap usaha BN mempertahankan kerusi-kerusi yang disandang pada enam pilihan raya negeri (PRN) akan datang ini.

Susulan daripada itu, MCA dan MIC mengumumkan tidak akan bertanding pada PRN di enam negeri pada pilihan raya kali ini. -MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast

1 Komen

  1. MCA MIC declared tak mahu sertai PRN 6 NEGERI termasuk meninggalkan kerusi yang dimenangi… biawak hidup atau bahasa lainnya bangkai bernyawa… ditujukan kepada ANDA.. adakah anda berasa amat dihargai? jika berfikir itu baik ketahuilah ANDA perlu mendapatkan rawatan KHAS doktor Pakar sebabnya BANGLA pun berasa marah waktu aq menegur “kesalahan kerja” menggunakan bahasa itu… ada ke rakyat Malaysia yang tidak faham? Hoi Hoi Yahoi ZAHID HAMIDI boleh kah ANDA dipercayai? Sayonara goodbye Zahid Hamidi

Comments are closed.