KUALA LUMPUR – Pergerakan Puteri UMNO mengintai menjadi calon dalam kalangan ahlinya untuk diketengahkan pada Pilihan Raya Negeri (PRN) pada 12 Ogos nanti.
Ketuanya, Datuk Nurul Amal Mohd Fauzi berkata, beberapa nama yang memiliki kelayakan sudah bersedia untuk diangkat menjadi calon telah dihantar ke pucuk pimpinan parti.
Beliau berharap calon daripada pergerakan itu akan mendapat pertimbangan sewajarnya.
“Nama calon belum dimuktamadkan lagi dan berharap pimpinan di atas akan memandang senarai calon yang yang dihantar oleh Puteri UMNO.
“Ada dua ke tiga calon saya rasa sudah bersedia untuk bertanding di peringkat Dewan Undangan Negeri dan menunggu pertimbangan daripada pimpinan atas,” katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang media selepas Mesyuarat Exco Puteri UMNO yang pertama di sini hari ini.
Mengulas lanjut, Nurul Amal memberitahu, kesiapsagaan sayap UMNO itu berada di tahap tertinggi menerusi gerak kerja bersama gabungan sayap parti lain dalam Kerajaan Perpaduan.
Jelas beliau, gerak kerja yang akan dilaksanakan akan memberi fokus fokus pengundi wanita di bawah usia 40 tahun.
“Nasihat saya kepada jentera parti di akar umbi agar terus komited walaupun apa pun provokasi dan jangan bakar rumah sendiri dan berusaha sedaya yng mampu untuk mencapai kemenangan,” katanya.
Suruhanjaya Pilihan Raya telah menetapkan 12 Ogos ini sebagai hari pengundian bagi enam PRN melibatkan Selangor, Negeri Sembilan, Pulau Pinang, Kedah, Terengganu dan Kelantan.
Pengerusi SPR, Tan Sri Abdul Ghani Salleh berkata, tarikh penamaan calon pula ditetapkan pada 29 Julai manakala bagi pengundian awal, tarikh ditetapkan ialah pada 8 Ogos ini. – MalaysiaGazette
Puteri UMNO nak jadi calon PRN ke? Hoi Hoi Yahoi ZAHID HAMIDI sila buka BUKU calon ADUN PRU 14 untuk kerusi MCA dan MIC.. bagi puak-puak ngeletik ni masuk nama ditempat tersebut… MCA dan MIC sudah “TIDAK BERMINAT” menjadi calon BN… ZAHID HAMIDI tidak nampak sebab masalah KATARAK dia… yang menghairankan kenapa dengan telinga dia turut kurang berfungsi? ZAHID ZAHID apalagi yang ANDA MAHU?